Smart ICT Minggu Pertama

17 Mac 2019 | Ak4tiviti Terkini

Pada tarikh 16 Mac 2019, Pusat Internet Stungkor Baru telah mengadakan kelas Smart ICT bersama komuniti pelajar Kpg. Selampit bertempat di Bilik Gerakkan Kpg. Selampit. Kelas ini berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang dihadiri seramai 8 orang peserta.

Kelas minggu pertama bagi komuniti pelajar ini dimulakan dengan peneraangan ringkas Klik Dengan Bijak serta Advocacy. Seterusnya dengan pengenalan komponen-komponen komputer bagi peserta yang betul-betul belum jelas mengenai komponen komputer.

Peserta juga diajar bagaimana untuk menaip satu persatu dengan permulaan menaip ayat yang ringkas bagi melatih jari-jemari menaip dengan lancar. Kelas ini akan bersambung pada minggu seterusnya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali